SKBP 1023

Modul tugasan untuk kursus Bahasa dan Teknologi Maklumat (SKBP1023) sesi 2011/2012 ialah setiap pelajar di kehendaki menjalankan kajian terhadap penggunaan bahasa pengguna Facebook dan di kaitkan dengan personaliti mereka. Bagi menjalankan kajian ini, 5 domain utama telah di kenalpasti dan di kaji. 5 domain tersebut ialah neurotik, extrovet, menyenangkan perasaan, berhemah dan berfikiran terbuka. Bagi menjalankan kajian ini, 5 responden yang menepati 5 domain tersebut telah di pilih melalui rakan-rakan Facebook saya sendiri.

Kajian terhadap responden tersebut telah di lakukan dengan meniliti setiap pos responden, mengumpul pos responden dan mengkelaskan responden kepada domain-domain yang tertentu. Pengkelasan responden kepada domain-domain tertentu merupakan tanggapan pertama saya terhadap responden. Sebelum pengkelasan ini di buat, Facebook responden di kaji dan pos-pos status responden di kumpul untuk di jadikan data kajian. Kemudian, data-data ini di analisa melalui software ANCONC. Penganalisaan di lakukan untuk mengetahui kekerapan sesuatu perkataan atau smiley yang di gunakan responden. Dapatan daripada penganalisaan tersebut, responden akan di kelaskan mengikut domain-domain yang tertentu. Sebagai contoh responden A merupakan seorang yang berhemah. Kajian terhadap pos-pos status responden telah di lakukan melalui software ANCONC. Hasil penganalisaan mendapati perkataan seperti “BERSYUKUR”, “ALLAH”, “ALHAMDULILLAH” dan “BAIK” sering di gunakan dalam pos-pos status responden. Oleh itu, tanggapan saya yang pertama menyatakan responden A adalah seorang yang berhemah adalah betul.

Kaedah ini lebih kepada penjelasan mengenai satu-satu domain dengan lebih jelas. Ini bermakna setiap domain mempunyai kriteria tersendiri dan setiap kriteria tersebut di kaji melalui seorang responden yang terpilih untuk di jadikan bahan kajian. Sebagai contoh, 5 domain utama telah di kenalpasti. Oleh itu, untuk menjelaskan kriteria-kriteria bagi setiap domain terbabit adalah berdasarkan kajian terhadap responden yang betul-betul menepati setiap domain yang di gariskan. Oleh itu, pelajar akan lebih jelas mengenai setiap domain dan bersedia untuk melakukan kajian yang sama terhadap responden yang lebih ramai.

Kriteria bagi setiap personaliti sedikit sebanyak di bantu oleh kuiz personaliti yang di jalankan oleh http://www.personalityquiz.net. Kuiz yang di jalankan secara atas talian ini mempunyai responden yang ramai dan rata-rata kriteria menepati setiap responden.

Personaliti 1 : Berhemah.
Responden berpersonaliti berhemah mempunyai sifat kendiri yang tinggi, kurang bergantung pada takdir hidup dan lebih kepada tindakan diri sendiri. Responden akan bertanggungjawab atas segala perkara yang terjadi dalam hidupnya. Dia akan menyelesaikan masalah secara praktikal tanpa menggunakan pendekatan yang susah. Responden menjalani kehidupannya tanpa rungutan dan selalu di beri jawatan penting kerana orang sekeliling percaya akan kebolehannya. Akhir sekali, responden tidak akan puas selagi ideanya tidak di realisasikan.

Personaliti 2 : Menyenangkan perasaan
Responden selalunya akan bertindak neutral dan suka perkara yang senang ( tidak memeningkan kepala ). Ramai orang suka dengan responden dan sering merujuk kepada responden sekiranya mereka menghadapi masalah dan memerlukan nasihat. Responden cuba memberi ruang dan kebebasan kepada orang sekelilingnya serta tidak memikirkan diri sendiri. Responden selalunya bersifat lembut tapi tegas. Bagi responden pemakaian haruslah praktikal bukan hanya sekadar elegan.

Personaliti 3 : Neurotik
Responden kekadang terlalu sensitif, kurang berfikir secara rasional dan tidak mempunyai pendirian yang teguh. Responden hanya mementingkan perasaannya sahaja dan sering merasa ketidakadilan dalam sesuatu perkara serta berpendapat hanya impiannya sahaja yang penting berbanding orang lain. Responden juga tidak  menyukai situasi yang melibatkan pelbagai perasaan.

Personaliti 4 : Ekstrovet
Responden sanggup menerima cabaran walaupun cabaran tersebut mendatangkan risiko. Lebih berisiko kerja tersebut, lebih menarik banginya. Responden akan mengalami masalah berkaitan dengan rutin yang sentiasa berubah-ubah. Responden merupakan pendengar yang baik dan sering memberi komitmen dalam satu-satu perkara. Kekadang responden juga suka menunjuk-nunjuk.

Personaliti 5 : Berfikiran terbuka
Responden menyukai hidup yang senang dan bebas. Responden berpegang kepada prinsip “Hidup Hanya Sekali”, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, bersifat terbuka dengan perkara-perkara yang baru dan suka melakukan perubahan mengenai satu-satu perkara.

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: