Pengenalan

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. SELAMAT DATANG ke blog saya. .

Globalisasi teknologi di seluruh dunia telah mengalakkan pelbagai bentuk invensi terutamanya dalam bidang kemunikasi dan multimedia. Keperluan terhadap sistem komunikasi dan multimedia yang menepati kehendak semasa dan mampan terutamanya dalam bidang pendidikan dan kreatif menyebabkan industri kemunikasi dan multimedia berkembang pesat dan kukuh terutamanya di Malaysia. Galakan dan gesaan daripada pihak kerajaan dan badan swasta dalam menggalakkan penggunaan sistem yang mesra alam dan efisyen juga merupakan salah satu faktor yang melonjakkan industri komunikasi dan multimedia ke tahap yang lebih kukuh.

Pelbagai langkah telah di ambil bagi menjayakan misi ini. Sistem pendidikan negara merupakan antara sektor terawal mengalami revolusi teknologi ini.  Penggunaan LCD ketika Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), sistem pembelajaran interaktif melalui multimedia, penyemakan keputusan secara atas talian dan macam-macam lagi sudah cukup membuktikan keberkesanan revolusi yang di laksanakan. Oleh kerana desakan kemajuan ini, kursus Bahasa dan Teknologi Maklumat (SKBP1023) di perkenalkan bagi mendedahkan para pelajar terhadap kepenggunaan teknologi dan software terkini dalam pembelajaran, kaji selidik dan penulisan tesis. Impaknya, universiti akan menghasilkan modal insan yang berintelektual tinggi dan berinovasi selaras dengan pelajar lepasan universiti terbaik dunia.

Pelajar yang mengikuti kursus Bahasa dan Teknologi Maklumat (SKBP1023) akan di dedahkan dengan pelbagai kaedah baru dengan penggunaan software yang terkini bagi membuat kaji selidik, penulisan kreatif dan    tesis berlandaskan modul-modul yang telah di tetapkan. Modul kali ini ialah setiap pelajar di kehendaki menjalankan satu tinjauan terhadap penggunaan bahasa pengguna Facebook dan mengaitkannya dengan personaliti persona mengikut kriteria atau domain yang telah di tetapkan.

Software ANCONC, di gunakan untuk mengenal pasti jumlah penggunaan ayat dalam satu-satu ayat selain mengenal pasti kekerapan penggunaan simbol-simbol yang di gunakan oleh pengguna Facebook . Contohnya, satu pengguna Facebook telah di kenalpasti sebagai seorang yang nerotik. Untuk penyediaan data, komentar-komentar persona tersebut di masukkan ke dalam software ANCONC. Maka di dapati pengguna Facebook nerotik selalu menggukan perkataan “benci”, “bosan”, “sedih”, “marah” dan sebagainya. Software ini di gunakan untuk menganalisis dan amat berguna dalam dapatan data untuk penulisan kajian. Seterusnya, pelajar akan di dedahkan dengan penggunaan software untuk kaji selidik secara atas talian. Penggunaan software ini menyenangkan para pelajar untuk mengedarkan borang kaji selidik secara atas talian dan menjimatkan masa serta wang. Penggunaan software ini juga menyenangkan para pelajar untuk mencapai target responden dan penganalisaan data. Software yang di syorkan ialah SURVEYMONKEY.

Software SURVEYMONKEY ini di gunakan untuk menghasilkan satu set servei dan di edarkan kepada responden secara atas talian. Software ini memudahkan para pelajar dalam penganalisaan data kerana setiap servei yang di jawab oleh responden akan di analisis oleh sistem software . Hasil penganalisaan akan di paparkan dalam 2 bentuk iaitu bentuk graf dan peratus. Ini sememangnya memudahkan para pelajar. Pelajar tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk fotostat helaian servei serta memudahkan pelajar menganalisis data. Setelah kaji selidik di buat, hasil dapatan kejian hendaklah di paparkan dalam bentuk penulisan yang kreatif. Modul kali ini, para pelajar di kehendaki memaparkan dapatan kajian di dalam blog sosial, WORDPRESS.

WORDPRESS merupakan salah satu laman blog sosial yang kita boleh kongsi pelbagai maklumat dengan pengguna yang lain. Antara laman blog lain yang boleh di gunakan ialah BLOGSPOT. Hasil dapatan kajian akan di persembahkan dalam bentuk penulisan melalui WORDPRESS. Ini merupakan salah satu kaedah penulisan kreatif yang pelajar boleh guna untuk perkongsian ilmu.

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: