Analisis Pragmatik

Apakah maksud pragmatik?

  • Yule (1996) menyebut empat definisi pragmatik iaitu bidang yang mengkaji makna, bidang yang mengkaji makna menurut konteksnya, bidang yang melebihi kajian mengenai makna yang diberikan dan bidang yang mengkaji bentuk ekspresi menurut jarak sosial yang membatasi percakapan tertentu.
  • Thomas (1995) menyebut dua kecenderungan dalam pragmatik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama menggunakan sudut pandang sosial, menghubungkan pragmatik dengan makna (speaker meaning) dan kedua dengan menggunakan sudut pandang kognitif dimana ia menghubungkan pragmatik dengan interpretasi ujaran (utterance interpretation).
  • Leech (1983) melihat pragmatik sebagai bidang dalam linguistik yang mempunyai kaitan dengan semantik. Perhubungan ini disebut semantisisme iaitu melihat semantik sebagai sebahagian dari pragmatik.

Bidang sosiologi merupakan antara bidang yang bersangkut paut dengan bidang pragmatik. Berdasarkan pengkajian pengkaji, kajian terhadap lirik lagu kajian hanya boleh dilakukan terhadap bidang sosiologi sahaja berdasarkan kepada beberapa contoh.

Berdasarkan data kajian (lirik lagu) terdapat beberapa perkataan yang di gunakan dengan bersandarkan budaya masyarakat Kedah.

 

 

Contoh 1 :

“Langgah ayaq gamat muka naik seri”

penerangan : dalam sosiologi rakyat negara kita, air gamat merupakan air yang sangat pahit dan tidak di sukai tetapi ayat di atas menunjukkan tidak sah jika kehadiran kita ke Kedah tanpa bawa kembali air gamat. “Langgah” di sini bukan bermaksud untuk minum secara literal, tetapi untuk di bawa kembali air atau produk gamat setelah melawat Kedah terutamanya Langkawi

 

Contoh 2:

“Dalam kuboq dah kena tongkat”

penerangan : istilah tongkat di sini bukan merujuk kepada penganugerahan atau penerimaan tongkat tetapi itu merupakan perlambangan kepada hukuman yang di terima oleh umat Islam yang tidak patuh kepada suruhan Allah di kala hayatnya. Dalam sosiologi keluarga Kedah, tongkat selalunya di gunakan untuk menunjukkan tujuan memukul.

 

contoh 3:

“kena bagi rasip sorang satu”

penerangan: perkataan “rasip” berasal daripada bahasa standard iaitu “resit”. “Rasip” ini di gunakan sebagai tanda peringatan mengenai ketuhanan yang merupakan perlambangan kepada masyarakat di Kedah.

 

contoh 4:

“mai oi bagi ramai jamu nasi kawah”

penerangan : sudah kebiasaan dalam masyarakat di negeri Kedah untuk menjamu tetamu yang datang kekampung seperti menjamu kenduri. Maka dengan perlambangan “jamu nasi kawah” memberi maksud tetamu yang hadir ke negeri Kedah akan di layan dengan sebaiknya dari pelbagai aspek terutamanya makan.

Categories: Analisis Pragmatik, BAB 4, SKBL 2113 | 2 Comments

Post navigation

2 thoughts on “Analisis Pragmatik

  1. interesting. Nice work!

  2. kajian pragmatik yang menarik .. tahniah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: