Analisis Makna

Makna atau semantik merupakan antara bidang penting dalam linguistik. Bidang ini menumpukan kepada pengkajian makna dalam kata dan ayat. Pengkajian mengenai makna adalah meliputi aspek makna linguistik dan makna sosial (Dr Abdullah Hassan, 1978). Dalam lirik kedua-dua buah lagu, terdapat perkataan yang berbeza daripada makna bahasa standard (BS).

Antaranya ialah :

1

Namun begitu, ini merupakan penterjemahan ayat-ayat dalam dialek kepada BS secara makna leksikal atau makna linguistik. Terdapat juga perkataan-perkataan yang terdapat dalam lirik yang memetakan maknanya kepada makna yang lain begitu juga beberapa perkataan yang telah di nyatakan di atas.

1) Contohnya dalam lirik lagu Pi Mai Tang Tu, ” Dalam kuboq dah kena tongkat, baru di pukul oleh malekat”. maksud leksikal “tongkat di sini adalah merujuk kepada hukuman yang di terima oleh umat Islam yang tidak mematuhi hukum Allah ketika hayatnya. Dari sudut sosiologi masyarakat Kedah, “kena tongkat” biasanya di bahasakan sebagai kena rotan oleh ibu atau ayah di sebabkan kesalahan-kesalahan tertentu yang telah dilakukan oleh anak-anaknya.

2) Perkataan “ceq” itu sendiri boleh memberi beberapa maksud bersandarkan kepada fungsi leksikal tersebut dalam ayat. Contohnya, “mai ceq oi mai ceq mai, kita ke negeri Kedah”. Dalam ayat ini, “ceq” di maksudkan dengan “awak”. Manakala dalam contoh yang lain “ceq nak pi kedai sat noh”. “Ceq” dalam contoh ini pula merujuk kepada “saya”.

3) perkataan “rasit” sememangnya secara makna leksikalnya merujuk kepada “resit” tetapi apabila di gunakan dalam lirik lagu Pi Mai Pi Mai Tang Tu, maka makna “rasit” itu telah berubah kepada “peringatan”.

4) perkataan “Nafsi-Nafsi” dalam BS memberi maksud tindakan yang berkaitan dengan nafsu tetapi dalam dialek Kedah, perkataan ini bermaksud sorang-sorang.

Categories: Analisis Makna, BAB 4, SKBL 2113 | 1 Comment

Post navigation

One thought on “Analisis Makna

  1. syaida izzati bt. md salahudin

    mai sume kite belajar bahasa orang KEDAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: