Analisis Kata

Lirik kedua-dua lagu kajian di kaji bagi mendapatkan data yang memperlihatkan perbincangan mengenai kata di dalam lirik kajian. Bagi menjalankan kajian terhadap kekerapan penggunaan sesuatu kata dalam lirik lagu kajian, perisian ANTCONC di gunakan. Hasilnya, terdapat beberapa perbincangan mengenai pembentukan kata dalam lirik lagu kajian. Antaranya ialah :
1) Pengguguran Fonem

Dalam lagu kajian, penyeloka menggunakan dialek Kedah dalam selokanya. Oleh itu, terdapat pengguguran fonem apabila melibatkan perkataan yang mengandungi rangkap konsonan atau rangkap vokal. antaranya ialah

 

(i)  /sǝmahjaŋ/

Dalam bahasa standard, ini merupakan perkataan /sǝmbahjaŋ/ yang mempunyai maksud yang sama sepert solat. Tetapi, dalam dialek Kedah, konsonan [b] di gugurkan bagi mengelakkan rangkap konsonan. Fenomena ini juga memperlihatkan bertepatan dengan nahu bahasa Melayu yang tidak menggalakkan rangkap konsonan berlaku.

(ii)  /nǝɁ /

perkataan ini merujuk kepada “naik” atau sebutannya /naǝk/ dalam bahasa standard (BS). Tetapi di sebabkan adanya rangkap vokal maka telah berlaku pengguguran konsonan [a].

(iii) /abǝnor/ — /gabǝnor/  (BS)

konsonan [g] di gugurkan.

 

2) Peleburan

Pangkaji juga telah menemui beberapa contoh yang menunjukkan proses peleburan fonem yang berlaku. Peleburan ini berlaku apabila 2 segmen menjadi satu segmen yang lain.

 

(i)  /malǝkat/

perkataan bahasa standardnya (BS) ialah /malaikat/. Sebutan perkataan ini oleh Pak Ku Syadat telah menampakkan proses peleburan berlaku yang melibatkan 2 segmen atau satu segmen di leburkan dan di ganti dengan segmen yang lain.

(ii) /pɔra-pɔra/  —   /pura/ (BS)

Peleburan vokal [u] kepada vokal [ɔ]

(iii) /pɔsa/

peleburan rangkap vokal [ua] kemudian di ganti dengan vokal [ɔ]

(iv) /ugama/ — /agama/ –(BS)

(v) /kampoŋ/ — /kampuŋ/  — (BS)

 

3) Penyisipan vokal

Penyisipan vokal ini berlaku apabila terdapatnya rangkap konsonan dalam ayat.

 

(i) /Isǝlam/ — /Islam/  (BS)

contoh di atas menunjukkan berlakunya penyisipan vokal di antara konsonan [s] dan konsonan [l].

(ii) /sǝɣǝba/ — /sǝrba/  (BS)

(iii) /mǝsǝɣa/ — /mǝsra/  (BS)

 

4) Diftongisasi

Menurut Kridalaksana (1982), beliau menyatakan diftongisasi merupakan satu proses pendiftongan terhadap rangkap vokal. Diftong terdiri daripada [ai], [oi] dan [ao]. Dalam lirik kajian, terdapat juga proses diftongisasi berlaku. antaranya ialah :

 

(i) /bataih/ — /batas/  (BS)

konsonan [s] di gugurkan kemudian di ganti dengan diftong, [ai]

(ii) /kapai/ — /kapal/  (BS)

konsonan [l] di gugurkan dan di ganti dengan diftong, [ai]

(iii) /bǝɣaih/ — /bǝras/  (BS)

 

5) Kata Ganda 

 

(i) /mǝnǝruh-mǝnǝɣah/

(ii) /nafsi-nafsi/

(iii) /bǝrpǝcah-bǝlah/

(iv) /pɔra- pɔra /

 

 

 

 

 

Categories: Analisis Kata, BAB 4, SKBL 2113 | 1 Comment

Post navigation

One thought on “Analisis Kata

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan nafsi-nafsi (kata ganda)?
    Terima kasih🙂
    Hasil kerja yang berinformasi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: