STATISTIK

1.0   Pengenalan

2.0  Pernyataan Masalah

Setiap manusia mempunyai personaliti mereka sendiri dan setiap personaliti ini adakala “permanent attitude” dan “Contemporary attitude” yang juga berkaitan dengan situasi, pengalaman responden dan sebagainya. Bagi mengkaji personaliti responden yang dipilih, satu lapangan sosial dipilih iaitu Facebook. Facebook merupakan laman sesawang sosial yang memudahkan manusia untuk berhubung diantara satu sama lain melangkaui sempadan. Facebook juga merupakan medan bagi pengguna Facebook untuk melempias perasaan dan pendapat, peluang perniagaan, perkongsian maklumat dan lain-lain. Bagi menghadkan ruang lingkup kajian, maka kajian mengenai responden yang juga pengguna Facebook dipilih. Kajian membataskan hanya 5 responden dipilih berdasarkan 5 kriteria personaliti. Menurut Golbeck et.al (2011), personaliti sesorang boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu: berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik.Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengkaji 5 kriteria personaliti tersebut keatas 5 responden Facebook yang terpilih.

domain_5_personaliti_utama

Lazimnya, personaliti rakan facebook diandaikan daripada posting dan komennya di facebook. Persoalannya adalah sama ada wajar atau tidak membuat andaian personaliti  rakan facebook dengan hanya berdasarkan posting dan komennya. Maka dengan itu, kajian ini berusaha untuk mengenalpasti persoalan ini.

3.0   Soalan Kajian

Adakah andaian pertama terhadap responden

4.0   Objektif Kajian.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook.

5.0   Metodologi Kajian

6.0   Persampelan

Responden terdiri daripada 5 orang responden dan 5 orang rakan responden. Responden merujuk pada orang yang menjadi rakan facebook pengkaji. Pengkaji tidak mengenali responden secara bersemuka. Responden tersebut dibahagikan mengikut kategori  personaliti. Pembahagian kategori personaliti  bersandarkan ciri-ciri personaliti yang dinyatakan dalam Carta Domain Personaliti (Rujuk Lampiran) iaitu berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik. Rakan responden merujuk pada rakan kepada responden yang dikaji. Pengkaji tidak mengenali rakan responden secara bersemuka.

7.0   Prosedur Kajian

7.1   Pemilihan responden

Pemilihan responden dibuat dengan menganalisis rakan-rakan facebook yang tidak dikenali secara bersemuka. Dalam kajian ini, rakan facebook yang dikaji ini dinamakan responden.

7.2   Penetapan personaliti responden.

Penetapan personaliti responden dibuat dengan menganalisis ‘posting’ (kiriman) dan komen responden dalam facebook. Andaian terhadap personaliti responden 1 hingga 5 adalah berdasarkan  Carta Domain Personaliti. Sebanyak 10 posting atau komen responden tersebut direkodkan sebagai bukti personaliti mereka

7.3   Pengkodan responden.

Responden berfikiran terbuka dikodkan R1. Responden berhemah dikodkan R2. Responden ekstrovert dikodkan R3, Responden menyenangkan perasaan dikodkan R4;  dan Responden neurotik dikodkan R5.

7.4   Kategori personaliti

Berfikiran terbuka dikodkan A; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan B; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan C; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan D; dan  kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan E.

7.5   Pengkodan rakan responden.

Rakan R1 dikodkan RR1. Rakan R2 dikodkan RR2. Rakan R3 dikodkan RR3, Rakan R4 dikodkan RR4;  dan Rakan R5 dikodkan RR5.

7.6   Soal-selidik responden.

Soal-selidik mengandungi 10 item soalan (Rujuk https://muhammadazrol.wordpress.com/2013/03/19/lampiran/ ) dibina dengan menggunakan software SERVEYMONKEY dan diserahkan kepada responden untuk dijawab. Objektif soal-selidik ini adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden. Daripada 10 item soalan tersebut, 9 item soalan memapar situasi yang mana responden perlu memilih salah satu daripada lima pilihan jawapan.  Pilihan jawapan tersebut dibina mengikut lima kategori personaliti yang telah ditetapkan.  Jawapan pilihan responden  diandaikan dapat mengukuhkan andaian kajian ini terhadap personaliti responden.

7.7  Soal-selidik rakan responden.

Untuk rakan responden (RR), pengkaji bertanya terus kepada rakan baik responden dan ada di antara rakan baik responden tersebut merupakan rakan sebilik responden. Maka, rangka soalan adalah seperti soalan kepada responden tetapi di ubah sedikit agar bersesuaian dengan sesi soal jawab bersama responden.  Objektif soal-selidik ini 7.7 adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden. Berikut merupakan gambar pengkaji sedang menemu bual rakan responden bagi responden 1 (R1).

BERSAMA RR1

7.8   Dapatan soal-selidik dianalisis untuk mengkaji tahap ketepatan andaian personaliti responden.

Skala 70% – 100% dianggap menyakinkan; skala 40% – 69% dianggap kurang menyakinkan; dan skala 0% – 39% dianggap tidak menyakin.

7.9  Rumusan kajian dibuat untuk menjawab soalan kajian dan menentukan sama ada objektif kajian tercapai.

8.0   Analisis kajian

data

8.1   Berdasarkan jadual di atas didapati bahawa Responden 1 (R1) memiliki sifat BERFIKIRAN TERBUKA kerana berdasarkan peratusan ketetapan dan peratusan ketetapan korelasi di antara R1 dan RR1. Tambahan pula, rakan baik beliau (RR1) yang juga rakan sebilik responden mengakui bahawa R1 memiliki sifat ini dengan peratusan 78% ketetapan.

8.2   Bagi Responden 2 (R2) menunjukkan nilai peratusan yang  meyakinkan untuk responden di nilai sebagai seorang yang BERHEMAH.  Setelah itu, bagi mengukuhkan lagi penilaian ini (apabila berlaku biased) peratukan korelasi di ambil kira dan di dapati peratusan korelasi juga menunjukkan bahawa R2 seorang yang BERHEMAH.

8.3   Responden 3 (R3) sememangnya seorang yang EKSTROVERT. ini dikukuhkan lagi dengan peratusan ketetapan dan peratusan ketetapan korelasi yang meyakinkan diantara responden dan rakan responden (RR3). Bagi seorang yang EKSTROVERT, semestinya tidak ada masalah bagi pengkaji mengenal pasti sikap responden dek kerana sikap EKSTROVERTIK yang jelas ditonjolkan oleh responden dalam apa juga keadaan.

8.4   Pengkaji telah terkhilaf mengenai pandangan pengkaji terhadap Responden 4 (R4). Ketika di awal kajian, R4 di kategorikan sebagai seorang yang MENYENANGKAN PERASAAN. Hasil daripada analisis data temubual dan soal selidik didapati RR4 dan R4 mendapati R4 juga memiliki sikap berhemah. Pengkajian dan pencarian responden yang bersikap MENYENANGKAN PERASAAN adalah sukar kerana selalunya responden yang memiliki sikap MENYENANGKAN PERASAAN juga memiliki sikap BERFIKIRAN TERBUKA dan BERHEMAH yang tinggi. Maka, ini merupakan kekakangan terhadap kajian dan memberi ralat kepada data kajian.

8.5  Akhir sekali ialah Responden 5 (R5) yang pada awalnya di kategorikan sebagai seorang yang NEORITIK. Peratusan ketetapan yang paling rendah dicatatkan oleh R5 iaitu sebanyak 33% menunjukkan bahawa beliau pada dasarnya bukan bersikap NEORITIK secara total. Begitu juga peratusan rakan responden (RR5) yang memberi peratusan berskala tidak meyakinkan. Inilah yang dinamakan sebagai Contemporary Attitude. Pengkaji mendapati bahawa R5 ketika waktu kajian dilakukan sedang mengalami stress dan kesedihan kerana kegagalan dalam percintaan. Disebabkan oleh masalah ini mencederungkan status Facebook beliau kearah sikap NEORITIK. Kajian terhadap data kajian mendapati RR5 lebih berandaian R5 bersikap EKSTROVERT berbanding NEORITIK.

9.0   Rumusan Kajian.

Konklusinya, andaian hanya akan menjadi benar apabila kajian dilakukan dan dikuatkan lagi dengan analisis kuantitatif. Berdasarkan analisis kajian di atas mendapati bahawa pengkaji telah terkhilaf dalam mengkategorikan beberapa responden kepada sikap yang korespon dengan responden. Ini di sebabkan oleh beberapa kekangan yang timbul antaranya sikap yang saling berkait rapat dan apabila berlakunya fenomena Contemporary Attitude yang disebabkan oleh masalah yang tertentu yang dihadapi oleh responden.

Categories: SKBL 2113, STATISTIK | 2 Comments

Post navigation

2 thoughts on “STATISTIK

  1. Kiraan peratus korelasi R & RR banyak yang salah.

    Cara kira % korelasi R & RR tanpa menggunakan jari kaki.
    Contoh:
    1. 78 + 67 = 145/2 = 72.5 (meyakinkan)
    2. 55 + 55 = 110/2 = 55 (kurang menyakin)
    3. 78 + 78 = 156/2 = 78 (meyakinkan)
    4. 67 + 78 = 145/2 = 72.5 (meyakinkan)
    5. 78 + 89 = 167/2 = 83.5% (meyakinkan)

  2. Ejaan neurotik salah. Rumusan kajian tidak menjawab soalan kajian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: