BAB 1

PENGENALAN

1.1  PENGENALAN

Subjek Aplikasi Komputer Dalam Kajian Linguistik merupakan subjek yang mengimplimentasikan penggunaan aplikasi komputer dalam mengkaji lapangan tertentu dalam bidang Linguistik. Lima bidang linguistik dikaji berdasarkan fokus dan teks yang tertentu bagi menunjukkan secara jelas peranan lima bidang linguistik tersebut serta metod penggunaan aplikasi komputer secara literal dalam mendapatkan hasil kajian. Lima bidang Linguistik tersebut ialah Fonologi meliputi kajian bunyi bahasa, Morfologi ialah kajian mengenai pembentukan kata , Sintaksis menfokuskan kajian terhadap pembentukan ayat, Semantik mengkaji makna kata dan Pragmatik merupakan kajian yang memperlihatkan satu perkataan bervariasi makna berdasarkan situasi dan sebagainya. Penggunaan aplikasi komputer digunakan secara menyeluruh dalam subjek ini. Antara aplikasi komputer yang akan digunakan ialah ANTCONC yang merupakan aplikasi bagi mengkaji kekerapan penggunaan perkataan dalam satu teks,  AUDACITY digunakan bagi mengedit dan mengubahsuai bahan kajian dalam bentuk simpanan suara untuk lebih jelas dan WORDPRESS merupakan aplikasi yang digunakan bagi pemaparan hasil kajian. Teks atau sasaran kajian pengkaji ialah lagu rakyat negeri Kedah yang dinyanyikan oleh penyeloka tersohor, Pak Ku Syadat. Pengkaji memilih lima lagu ciptaan beliau bagi mendapatkan data kajian dan meletakkan bahasa standard sebagai penan aras kajian ini.

1.2  PERNYATAAN MASALAH.

1.2.1        Pemilihan lagu Pak Ku Syadat yang bersesuaian dengan objektif dan fokus hasil kajian

1.2.2        Penelitian terhadap sebutan dialek Kedah oleh Pak Ku Syadat dalam lagunya memandangkan berlaku ketidakjelasan dalam sebutan

1.2.3        Mendapatkan biografi Pak Ku Syadat kerana tidak dinyatakan secara terperinci didalam mana-mana blog perseorangan atau agensi kebudayaan negara

1.2.4        Penelitian terhadap penggunaan aplikasi komputer dalam mendapatkan dapatan kajian

1.2.5        Mendapatkan 10 data kajian bagi setiap bidang Linguistik yang dikaji

1.3  SOALAN KAJIAN.

1.3.1        Apakah perbezaan diantara pembentukan kata dan ayat dalam pembentukan lagu rakyat dialek Kedah dan bahasa standard?

1.3.2        Apakah perkataan dalam dialek Kedah yang mempunyai persamaan atau variasi makna dengan bahasa standard?

1.3.3        Apakah ciri-ciri tertentu dalam aspek bunyi dan ujaran dalam dialek Kedah?

 

1.4  OBJEKTIF KAJIAN

1.4.1        Mengenalpasti perbezaan pembentukan kata dan ayat dalam lagu rakyat Pak Ku Syadat dengan bahasa standard

1.4.2        Mengenalpasti perkataan dalam dialek Kedah yang mempunyai keluasan dan variasi makna dengan bahasa standard

1.4.3        Mengenalpasti ciri-ciri tertentu dalam aspek bunyi dan ujaran dialek Kedah

 

1.5 SKOP KAJIAN

Kajian adalah di lakukan dengan mengambil dua lagu rakyat Pak Ku Syadat bagi menjawab soalan kajian dan menepati objektif kajian. Dua lagu rakyat tersebut ialah Mai Cek Mai Cek Mai dan Pi Mai Tang Tu.

 

1.6 KESIMPULAN

Bahasa merupakan alat untuk berhubung antara anggota masyarakat. Komunikasi ini berlaku secara meluas, baik secara rasmi atau tidak rasmi.  Masyarakat pada hari ini perlu menerima hakikat bahawa perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi berkait secara langsung dengan kemampuan menjana idea, kreativiti dan inovasi bagi memantapkan penggunaan dan penguasaan sesuatu bahasa.

Categories: BAB 1, SKBL 2113 | 1 Comment

Post navigation

One thought on “BAB 1

  1. Pemilihan bahan yang menarik kerana dapat memberikan input yang baik kepada pembaca blog anda.Hal ini demikian kerana, dewasa ini tidak ramai pembaca yang didedahkan dengan lagu rakyat. Terima kasih kerana berkongsi bahan yang menarik.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: