Soal-selidik

Dalam entri yang lepas, saya di kehendaki melakukan satu kajian yang meliputi aspek penggunaan bahasa di kalangan pengguna Facebook dan menghubungkaitkannya dengan personaliti. Terdapat 5 domain personaliti iaitu berhemah, berfikiran terbuka, menyenangkan perasaan, ekstrovert dan neorotik. Berdasarkan 5 domain diatas, saya telah memilih 5 orang rakan-rakan Facebook saya yang saya rasakan sesuai untuk dipadankan dengan 5 personaliti diatas.

Oleh satu kajian telah dilakukan dimana posting-posting mereka diambil dan dikaji struktur ayatnya dengan menggunakan software ANCONC selain kajian terhadap maksud tersirat mahupun tersurat posting-posting tersebut. Bagi mengukuhkan andaian saya terhadap responden-responden tersebut, satu lagi kajian dilakukan. 2 set servei dibuat dengan menggunakan laman sesawang SURVERMONKEY, dimana satu servei untuk responden dan lagi satu servei adalah untuk kawan responden. Saya bernasib baik kerana responden-responden adalah terdiri daripada kawan-kawan saya sendiri dan saya juga mengenali kawan-kawan responden. Berikut adalah set servei untuk responden,

Servei diatas mengandungi 9 soalan yang berdasarkan kepada situasi tertentu. Aneka jawapan disediakan berdasarkan kepada 5 domain personaliti seperti yang saya katakan diatas. Berikut adalah analisis daripada servei yang di jawab. PENGANALISAAN DATA Servei diatas telah diberikan kepada setiap responden dan dijawab sendiri oleh responden. Bagi penganalisaan data, bagi setiap satu domain, jika responden tersebut merupakan nerotik (berdasarkan andaian pertama), maka dia akan menjawab kesemua jawapan pada kenyataan 2 bagi setiap 9 soalan. Kata mudahnya, bagi setiap domain mata penuhnya ialah 9/9, ini bermakna responden menjawab kesemua soalan dan memberi jawapan yang bertepatan dengan kategori domain. Tetapi, bagi data saya sendiri, semua responden tidak mendapat mata 9/9 kerana ada jawapan yang di tandakan tidak selari dengan andaian personaliti mereka yang saya telah tetapkan. Bagi memudahkan pemahaman, mari kita lihat hasil penganalisaan data dibawah :

1) Responden 1 : LISSA ROSLAN
Responden ini saya andaikan dia memiliki personaliti berfikiran terbuka. Oleh itu, pada set servei beliau, kanyataan 1 bagi setiap soalan adalah merujuk kepada berfikiran terbuka. Tetapi pada soalan ke-4, soalannya ialah:

Anda di kehendaki melakukan tugasan pemasaran dan tugasannya ialah anda di kehendaki menjual barang dan memohon sumbangan orang ramai di sekitar Kajang, apakah yang anda fikirkan apabila anda mendapat tugasan tersebut

Responden telah memberi jawapan dengan menandai kenyataan 2 dimana kenyataan tersebut adalah merujuk kepada nerotik. Kejadian yang sama terjadi pada soalan ke-7 dimana responden telah menjawab dengan menanda kenyataan 3 yang merujuk kepada personaliti berhemah. Kesimpulannya, mata keseluruhan bagi responden ialah 7/9 dan ini menunjukkan responden merupakan seorang yang berfikiran terbuka.

2) Responden 2 : FAHMY ABDULLAH Pada andaian pertama saya, saya mendapati responden memiliki personaliti nerotik. Bagi pandangan saya, setiap manusia akan ada personaliti nerotik apabila berada dalam keadaan tertentu seperti sedih, marah dan sebagainya. Pada waktu saya mengambil posting-posting responden, dia sedang dilanda masalah kerana ditinggalkan kekasih. Oleh itu, posting-postingnya adalah berkisar mengenai kesedihan dalam perhubungan. Tetapi, huraian personaliti nerotik bukan hanya sekadar pada posting-postingnya sahaja malahan melibatkan juga bentuk personaliti lain seperti tidak mudah mengalah, sentiasa berpegang teguh pada prinsip diri dan mudah hilang rasional. walaupun begitu, saya tetap memberikan servei ini kepadanya. Hasil penganalisaan pada servei responden mendapati responden tidak mengaku yang dia berpersonaliti nerotik kerana mata keseluruhan nya ialah 4/9. Bagi menyatakan responden merupakan nerotik, mata keseluruhan servei hendaklah lebih atau tidak kurang daripada 5/9. Bagi servei tersebut, kenyataan 2 merujuk kepada nerotik. Tetapi pada soalan 4,5,6,8,dan 9, responden menanda kenyataan lain, bukannya kenyataan 2. Berikut merupakan jawapan responden pada soalan 4,5,6,8,dan 9.

Soalan 4 => Pensyarah meminta anda untuk melakonkan sebuah drama sebagai salah satu tugasan bagi kursus anda, apakah reaksi pertama anda? jawapan responden :  Saya akan terus berbincang dengan ahli kumpulan mengenai cara menyelesaikan tugasan dan menyenaraikannya (kenyataan 3)

Jawapan responden : Saya optimis dengan tugasan yang di beri dan menyatakan kebolehan ahli kumpulan dalam menyelesaikan  tugasan.

Soalan 5 => Anda di kehendaki melakukan tugasan pemasaran dan tugasannya ialah anda di kehendaki menjual barang dan memohon sumbangan orang ramai di sekitar Kajang, apakah yang anda fikirkan apabila anda mendapat tugasan tersebut

Jawapan Responden : Saya akan cuba berbincang dengan ahli kumpulan mengenai strategi pemasaran yang akan di lakukan

Soalan 6 => Satu hari, anda diberitahu oleh rakan anda mengenai keraguan status halal bagi satu-satu produk, apa yang akan anda lakukan setelah mendengar informasi tersebut?

Jawapan Responden : Saya tidak mudah mempercayainya dan saya akan membuat kajian bagi memastikan kesahihan informasi tersebut

Soalan 8 => Dalam satu kumpulan pembentangan, apakah yang akan anda lakukan supaya pembentangan menjadi satu pembentangan yang mantap dan menarik

Jawapan Responden : Saya akan menyediakan bahan pembentangan sendiri supaya ianya selari dengan kehendak saya dan ahli pembentangan yang lain akan membentangkannya di hari pembentangan.

Soalan 9 => Jika anda ke kedai buku, buku jenis apa yang anda akan cari?

Jawapan Responden : Majalah atau komik

3) Responden 3 : SAIDATINA AFIFAH
Diawal kajian, saya mendapati responden merupakan seorang yang berhemah dan kajian adalah berdasarkan penilitian kepada 10 posting responden di dalam facebooknya. Bagi mengukuhkan andaian pertama, saya meminta responden untuk menjawab set servei yang telah saya sediakan. Setelah set servei itu dijawab, saya analisis jawapannya dan didapati responden mendapat mata 8/9. Ini bermakna responden merupakan seorang yang berhemah. Jawapan didalam set servei, setiap kenyataan 3 merujuk kepada responden berpersonaliti berhemah. Mata 8/9 sudah cukup menunjukkan betapa berhemahnya responden ketika menjawab servei. Hanya soalan 9 sahaja bagi responden novel pilihan bukunya apabila dia ke kedai buku.

4) Responden 4 : AHMAD FARHAN FIRDAUS
Sebelum saya melakukan kajian pertama lagi, saya sudah mengenali responden merupakan seorang yang ekstrovert berdasarkan perilakunya ketika bersama-sama dalam mesyuarat di kolej dan di dalam kelas. Responden merupakan responden pertama yang memberi data pertama dalam kajian pertama saya. Bagi responden yang berpesonaliti ekstrovert, dia selalunya memiliki kesemua personaliti dalam 5 domain tersebut. Berdasarkan kajian terhadap posting dalam Facebook reponden ini, terdapat variasi bentuk posting yang adakalanya di pengaruhi oleh suasana atau waktu tertentu. Contohnya, ketika waktu hampir Maghrib, responden akan memberi posting yang berkisar mengenai keagamaan (menyenangkan perasaan), ketika menerima tugasan dalam kumpulan, responden akan cuba untuk menonjolkan diri dan memimpin ahli kumpulan bagi menyelesaikan pembentangan (berfikiran terbuka), responden akan mempertikaikan mengenai sesuatu isu kerana baginya perlu satu kajian dilakukan bagi mengetahui kebenaran dalam isu terbabit (berhemah) dan adalakanya memberi posting yang sedih, bosan dan keseorangan (nerotik).

Bagi mengukuhkan lagi andaian saya, saya meminta responden untuk  menjawab servei yang telah saya sediakan, hasilnya responden mendapat mata 9/9. Kenyataan 4 bagi setiap soalan merujuk kepada personaliti ekstrovert. Oleh itu, dapatlah saya katakan disini bahawa responden merupakan seorang yang ekstrovert. [maklumat tambahan : berikut merupakan “print screen” daripada perbualan saya dan responden melalui Facebook. Responden bersetuju bahawa dia merupakan seorang yang ekstrovert]

5) Responden 5 : IEJAN BEHS
 Responden ini merupakan rakan saya dalam pasukan pantun UKM. Disebabkan saya mengenalinya, saya jadikan responden sebagai bahan ujikaji dalam kajian saya terhadap personaliti  menyenangkan perasaan. Kajian dilakukan bukan hanya pada posting-posting beliau tetapi juga kepada penilaian saya sendiri selaku ahli pasukan pantun UKM. Bagi responden berpersonaliti ini, responden merupakan seorang yang pandai memberi nasihat dan agak Islamik sedikit, menjaga tatasusila dan matang.

Seperti perkara yang sama saya lakukan kepada responden-responden yang lain, saya meminta responden untuk menjawab servei yang telah saya sediakan dan hasilnya responden mendapat mata 8/9. Ini sudah cukup menunjukkan responden merupakan seorang yang menyenangkan perasaan.

PEMBUKTIAN TERHADAP PERSONALITI RESPONDEN MELALUI RAKAN-RAKAN RESPONDEN. 

Kajian terhadap perilaku manusia merupakan sesuatu perkara yang abstrak dan berubah-ubah kerana perilaku manusia bergantung kepada situasi dan persekitaran manusia (Attitude manusia, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, 2009, Kuala Lumpur, Telaga Biru Publication). Oleh bukan hanya satu kajian di perlukan, tetapi kajian demi kajian hendaklah dilakukan untuk mendapat data yang berakurasi tinggi.

Bagi kajian bahasa dan personaliti pengguna Facebook, terdapat 3 lapis kajian dilakukan terhadap responden bagi memastikan setiap andaian adalah betul dan kajian kali ke-3 ini juga untuk memastikan andaian yang dibuat bukan sekadar andaian semata-mata. Oleh itu, prosedur kajian ke-3 ialah set servei hanya mengandungi satu soalan yang mengandungi 5 domain personaliti dan setiap personaliti di sertakan sekali diskripsi personaliti terbabit. Gambar di bawah merupakan bentuk set servei untuk rakan responden.

Persoalan yang mudah dijawab dan persoalan secara terus. Rasionalnya, apabila melakukan item soalan yang banyak, peratus untuk akurasi adalah rendah, maka data atau andaian pertama boleh diragui dan dianggap salah. Oleh itu, saya menggunakan item soalan yang seperti diatas supaya jawapan yang juga merupakan data kajian akan didapati secara terus tanpa perlu huraian selain menghasilakan data yang berakurasi tinggi. Tambahan lagi, pemilihan kawan responden juga hendaklah tepat dan menyumbang kepada ketepatan data yang di perolehi.

Penganalisaan data akan saya lakukan bagi setiap responden. Bagi responden pertama, Lissa Roslan, saya telah meminta teman lelakinya (Boyfriend) untuk menjawab set servei ini dan dia setuju mengatakan bahawa Lissa Roslan berpersonaliti fikiran terbuka. Oleh itu, terbuktilah Lissa Roslan merupakan seorang yang berfikiran.

Responden kedua, Fahmy Abdullah. Walaupun responden tidak bersetuju bahawa dia seorang neurotik, tetapi rakan baiknya dalam Facebook menkategorikan responden sebagai seorang yang neurotik selain saya juga mengandaikan responden sebagai neurotik. Oleh itu, pendapat saya dan rakan responden di ambil dan membuktikan bahawa responden seorang yang neurotik.

Responden ketiga, Saidatina Afifah. Pada andaian pertama, saya menyatakan bahawa responden merupakan seorang yang berhemah begitu juga dengan responden, bersetuju dirinya di kategorikan sebagai seorang yang berhemah berdasarkan set servei yang di berikan kepadanya. Tetapi, rakan biliknya tidak bersetuju mengatakan responden sebagai seorang yang berhemah dan mengkategorikan responden sebagai seorang yang ekstrovert. Walaupon begitu, pandangan saya dan responden akan diambil kira sebagai data dan cukup membuktikan responden sebagai seorang yang berhemah.

Responden keempat, Ahmad Farhan Firdaus. Seperti yang saya katakan pada segmen diatas, responden merupakan responden pertama yang saya ambil bagi dijadikan bahan kajian. Sebelum saya melakukan kajian keatas responden, saya sudah mengenali responden sebagai seorang yang ekstrovert.  Tetapi, kajian tetap dilakukan. Bagi kajian ke-3, saya telah memilih rakan sekuliah yang rapat dengannya bagi menjawab servei, hasilnya keputusan tetap sama dan buktinya responden merupakan seorang yang ekstrovert.

Responden kelima, Ijan Behs. Berdasarkan 2 kajian diatas, telah mengkategorikan responden sebagai seorang yang menyenangkan perasaan berdasarkan kajian menggunakan ANCONC dan SURVEYMONKEY. Hasil penganalisaan menunjukkan responden sebagai seorang menyenangkan perasaan. Walaupun begitu, kajian ke-3 tetap dijalankan bagi mengukuhkan lagi data yang diperolehi pada kajian 1 dan 2. Saya telah memilih responden dari kalangan pemantun UKM dan hasil kajian tetap sama, mengkategorikan responden sebagai menyenangkan perasaan.

Categories: Projek 2: SurveyMonkey, SKBP 1023 | 3 Comments

Post navigation

3 thoughts on “Soal-selidik

  1. Hai Azrol…untuk penilaian personaliti tu bukan ke sepatutnya identiti or sekurang-kurangnya nama responden tu tdk dinyatakan..? hehehe..

  2. Sudah disemak. Tiada paparan URL kepada Responden dan Rakan Responden?

  3. Nama responden tidak harus dipaparkan untuk melindungi hak privasi mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: