3.0 Ekstrovert

Personaliti jenis ini sering kita jumpa di kalangan pengguna Facebook. Persona yang memiliki personaliti ini sering pos status yang menimbulkan tanda tanya. Ini sedikit sebanyak akan menarik minat rakan-rakan facebook untuk bertanya apa yang telah terjadi. Persona yang seperti ini selalunya mahukan perhatian dan “status LIKE” yang banyak selain cuba untuk menghidupkan suasana. Untuk domain ini, saya telah mendapat satu responden yang mempunyai ciri-ciri yang saya kehendaki. Berikut merupakan 10 pos status beliau :

Frasa 1 : “farhan rase korang pernah buat:
1. masuk ke dalam bilik, lupa ape yang nak dibuat, keluar semula, baru ingat semula.
2. masa kecil, lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
3. masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni–> ♥
4. tutup peti sejuk dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
5. cuba ‘balance’kan suis lampu antara ON dan OFF.

betol x? “
Penjelasan : Responden bertanya kepada rakan-rakannya dan bentuk soalan ini adalah berbentuk humor. Beliau cuba melibatkan rakan-rakannya dengan pertanyaan “betol x?” dan ini merupakan salah satu cara responden untuk mendapatkan perhatian rakan-rakan Facebooknya.

Frasa 2 : “tahniah kepada adik adik yg medapat result spm yg baik, yang x cantik resultnye tu, jgn risau jalan anda masih boleh di perbaiki pada bidang yang lain plak🙂 ” 
Penjelasan : responden menyatakan ucapan tahniah kepada rakan-rakannya walaupun dia tidak mengetahui siapa rakan-rakannya yang mengambil keputusan SPM. Salah satu bentuk pos kesukaan responden, pos yang berbentuk ucapan gembira.

Frasa 3 : “DISAAT AKU MENCITAIMU, mungkin CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN kerana disebabkan CINTA MUKA BUKU mu membuatkan ramai yang meminati mu, ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA, sumpah aku xpilih ko!
Penjelasan : Ini juga salah satu bentuk pos kesukaan responden. Responden menggunakan tajuk-tajuk lagu untuk satu cerita pendek yang menarik dan semestinya akan mendapat status “LIKE” yang banyak.

Frasa 4 : ” Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like Like ” 
Penjelasan : Responden menarik perhatian rakan-rakannya untuk “LIKE” statusnya. Selalunya pos-pos sebegini merupakan pos yang tidak memberi apa-apa makna melainkan hanya untuk memenuhi ruang “notification”.

Frasa 5 : ” sedih betol saya buat masa nie GF dkt oversea belajar dkt sana bukan nak belajar, dia berjoli dengan member dia dii united kindom cambridge unversiti bf pon dah tinggal kan.. SEDIH NYE……korang jangan risau ye…”
Penjelasan : Responden mengatakan bahawa dia mengalami konflik dengan kekasihnya yang belajar di luar negara. Ini merupakan ciri-ciri ekstrovet di mana responden suka menunjuk-nunjuk dan ingin menampakkan kelainan pada dirinya berbanding orang lain. Ini juga salah satu cara responden untuk mendapatkan perhatian rakan-rakan Facebooknya.

Frasa 6 : “rasanya mana yang lagi ok…hurmm konpius…”
Penjelasan : pos ini menimbulkan banyak tanda tanya di kalangan rakan-rakan Facebook responden dan sememangnya ini yang di kehendaki oleh responden.

Frasa 7 : ” Awak tau tak ? Saye ♥ dekat kengkawan saye . And awak laa orangg tuh ! Saya suka ade membe macam awak! . Awak BAEK . Saya sayang awak sesangat . Tidak kiralah, awak ney gul ke boy . Yang saya tahu , saya suka sangat dapat membe macam awak =) . Copy & paste ini ke 10++ wall membe baik awak dan juga saya. Jika awak terime neyy semula . awak bertuah ade membe yang sayang dekat awak . Hehe ♥ ♥  
Penjelasan : Responden menyatakan yang dia suka berkawan dengan semua rakan-rakan Facebooknya. Pos ini telah menimbulkan perasaan suka di kalangan rakan-rakannya dan pastinya akan ada yang membalas “sy pon suka berkawan dengan anda”.

Frasa 8 : “bila kahwin masuk rancangan nona , bila bercerai masuk rancangan melodi . HAHa betol kan??? ” 
Penjelasan : Responden memberi pendapat yang sememangnya bersifat realiti dan pos ini bersifat humor. Responden cuba untuk mencipta suasana gembira bersama rakan-rakan Fesbooknya.

Frasa 9 : ” tibaaaaa jah. .” 
Penjelasan : Responden sengaja mencipta suasana  suspen dengan pos status seperti di atas. Orang lain akan tertanya-tanya apa yang berlaku dan ini merupakan salah satu cara responden mendapatkan perhatian rakan-rakan Facebooknya.

Frasa 10 : “rasa mcm nak kawin plak…hahahahahha” 
Penjelasan : Responden menyatakan keinginannya untuk berkahwin. Dengan pengakhiran “hahahahahahahha” di akhir frasa menunjukkan responden hanya mahu bergurau dan bukan untuk serius.

    Perhatikan data di atas. Responden cuba untuk menarik perhatian orang lain dengan pos-pos statusnya yang kelakar dan sedikit sebanyak mempengaruhi ramai orang. Buktinya, ketika pengkajian terhadap akaun Facebooknya di lakukan, setiap pos statusnya, pasti jumlah “status LIKE” akan melebihi 100 orang dan bilangan komen yang banyak. Beliau cuba untuk memeriahkan suasana dan sering meninggalkan soalan seperti “betol kan? “. Responden yang berpesonaliti begini selalunya akan mempunya rakan Facebook yang ramai dan responden sendiri mempunyai 3654 rakan Facebook. Selain itu, ada juga pos status responden yang meninggalkan tanda tanya, sebagai contoh ” tibaaaaa jah”. Orang akan persoalkan kenapa dan apa. Ini merupakan salah satu cara responden mendapatkan perhatian rakan-rakan Facebooknya. Tambahan lagi, di setiap akhir statusnya, responden akan menyertakan “hahaha” atau “hehe” bagi menunjukkan beliau ingin bergurau. .bagi menguatkan lagi data, saya meminta beliau untuk menjawab servei yang saya telah sediakan. Pada bahagian pemilihan gambar, responden telah memilih satu gambar di mana gambar tersebut menunjukkan yang beliau merupakan seorang yang gemar berkawan, bersosial, sering memberi respon yang baik serta suka menunjuk-nunjuk. Jadi,tanggapan saya mengatakan responden seorang yang ekstrovet adalah betul.
                                               gambar pilihan responden
Categories: Projek 3: Blog WordPress, SKBP 1023 | 3 Comments

Post navigation

3 thoughts on “3.0 Ekstrovert

  1. salam..
    responden jenis ekstrovert ini merupakan pengguna yang sering menimbulakn tanda tanya ? setiap post yang meraka post berakhir dengan tanda sola (?) mempunyai ciri-ciri ekstrovert ke?

  2. salam jijah. . . .
    1) responden yg mempunyai ciri2 ini merupakan responden yg gemar mengepos status2 yang menimbulkan pertanyaan banyak pihak. sbg contoh data sy sendiri “” tibaaaaa jah. .” dan “x tahu nak pilih yg mana…hurmm konpius”. . . .ini secara automatik akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakan facebook. oleh itu, rakan2 akan betanya apa yg telah terjadi. . .ini merupakan salah satu strategi responden utk mendapatkan perhatian rakan2 FBnya.

    2) responden ini juga suka update status yang berbentuk gurauan yang pada dasarnya ianya mmg realiti. sbg contoh data sy sendiri, data no.1, no.3 dan no.7. . .beliau membuat jenaka dengan menanyakan persoalan yang seperti ini. pos yg seperti ini akan menyebabkan rakan2 FB responden memberi respon dengan menyatakan pendapat masing2.

    3) antara ciri2 responden ekstrovet ialah suka menunjuk2. ciri ini jelas ada pada diri responden sy. bukti data no.5. .beliau cuba menceritakan yang kekasihnya belajar di oversea dan meninggalkan dia tanpa berita. kalau kita yg bukan ekstrovert semestinya akan rasa meluat dengan pos tersebut dan kita akan tertanya2 mengapa dan apa tujuan responden pos status seperti itu. pertama kerana ingin menunjuk2 dan kedua inginkan perhatian.

    oleh itu konklusinya, responden ini sememangnya suka di beri perhatian, suka menunjuk2 dan menceriakan suasana

  3. Sudah disemak.Rumusan kajian anda didapati lengkap dan memuaskan. Syabas!
    Tugasan anda menepati jangkaan.

    Komen: Terdapat beberapa kesilapan ejaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: