5.0 Neurotik

Seseorang yang memiliki sifat nerotik selalunya akan mempunyai mood yang suram, sedih dan sensitif. Tetapi tidak selalu manusia akan mempunyai sifat ini. Sifat ini timbul apabila persona mengalami kesedihan, ketidak puas hati, marah dan sering merasa tidak tenteram. Ini di dorong oleh faktor-faktor tertentu yang membuatkan persona merasa demikian. Ini merupakan norma kehidupan manusia. Bagi personaliti ini, saya telah mendapatkan seorang responden yang menepati kriteria yang saya kehendaki. Kajian telah di lakukan melalui pos-pos statusnya di Facebook. Berikut merupakan 10 status beliau yang saya dapati :

Frasa 1 : “CINTA.. Tp tanpa apa2.. #cukupkah?”
Penjelasan : responden bertanya adakah cukup jika Cinta tanpa melibatkan perkara lain contohnya komitmen dan mungkin harta. Responden mempunyai kriteria tertentu untuk mendiskripsi apa itu cinta bagi dirinya.

Frasa 2 : “memori sgt2.. xtau kenape rinduuu” 
Penjelasan : responden menyatakan yang dia rindu pada satu-satu momen dalam hidupnya. Dalam prihal ini, responden bermain dengan perasaannnya (sedih dan rindu) dan mungkin perasaan ini timbul ketika dia sedang membelek gambar-gambar.

Frasa 3 : “HATI: kejap nak mcm ni, kejap nk mcm tu. Xfaham laaaa..!!! #stress” 
Penjelasan : Responden mengalami kecelaruan di antara nak atau tidak dan memikirkan samada kehendak atau keperluan. Ciri ini dengan jelas menunjukkan responden seorang yang neurotik kerana tidak mempunyai pendirian yang teguh.

Frasa 4 : “Lepas ni NO hati dan perasaan..!!! NO NO NO..!!!  
Penjelasan : Responden telah mengalami satu saat sukar berpisah dengan kekasihnya. Berdasarkan pengalaman itu, responden cuba untuk menidakkan perasaannnya menyukai seseorang supaya hatinya tidak akan sakit lagi.

Frasa 5 : “Xreti masak ade hati nk jd tukang masak. Cam sial..!! #bengang”  
Penjelasan : untuk meyatakan kemarahannya, responden telah menggunakan perkataan yang tidak elok dan mencarut. Penggunaan perkataan-perkataan seperti ini menggambarkan betapa marahnya responden kepada tukang masak tersebut kerana rasa makanan yang kurang baik. Ini juga salah satu contoh personaliti neurotik.

Frasa 6 : “jangan sakiti aku lg…#kejiwangan”  
Penjelasan : Responden marayu agar hatinya tidak di sakiti lagi oleh orang-orang yang tidak pandai menghargai cinta. Ini di sebabkan oleh kesikatan dan penderitaan yang di alami oleh responden selepas  berpisah dengan kekasihnya. Responden selalu teringatkan kenangan pahit dan manis bersama kekasihnya, buktinya, pos-pos status responden yang rata-rata berkisar mengenai cinta dan kesakitan.

Frasa 7 : ” “BODOH SOMBONG” kau tu mcm perli diri sendiri je.. time berkumpul, kau bleh plak bwk diri sorg2. Kengkunun diva la.. Mcm hampeh ade la.. Silikon xsedar diri..!! Dhla suke “masok bakul angkt sendiri” bajet comel la.. Ugly betty lagi comei kot. Eeeiii geli..!! Perasan sgt.. ”  
Penjelasan : Ini contoh lain selain daripada contoh frasa 5. Responden sangat sakit hati dengan seorang mak nyah yang mungkin telah melakukan perkara yang tidak di sukai oleh responden. Tahap kemarahan responden dapat di lihat dengan penggunaan perkataan seperti “BODOH SOMBONG” yang di tulis dengan huruf besar keseluruhannya dan “eeiiii geli” yang menunjukkan betapa meluatnya responden kepada mak nyah tersebut.

Frasa 8 : “Morning, salam 280312. Pepagi dh buat mood aku ilang, kene marah..!! Pastu perut buat hal.. Hurmmm… #stress”  
Penjelasan : Responden mengalami tekanan perasaan di awal pagi lagi di pejabatnya di sebabkan oleh perkara-perkara tertentu berkaitan dengan rakan-rakan sekerjanya.

Frasa 9 : “Hari ni sekali lg, penuh dgn emOsi.. Xtau kenape.. Segalanya serba xkene..”

Frasa 10 : “dah 2 3 hari ni aku rase sayu, sedih je.. Kenape ek? Aku xtau sabab ape. Rase sebak je jiwa.. Lemah, xbmaye, lesu… Hurmm x'( “

    Berdasarkan daripada ayat di atas, jelas sekali responden merupakan seorang yang nerotik. Pos-pos statusnya sering berkitan dengan emosi seperti marah, sedih dan jiwang. Selain itu, ada juga pos statusnya yang mencarut bagi menunjukkan betapa marahnya dia kepada seseorang. Jika di perhatikan pada data di atas, responden selalu menyatakan apa perasaan dia pada waktu tersebut, sebagai contoh ” #bengang ” bermaksud marah atau sakit hati. Pada masa yang sama, setiap satu statusnya di akhiri dengan tanda seru bagi menunjukkan kemarahannya terhadap seseorang selain penggunaan smiley yang mempunyai mood sedih seperti =(, x(, x'( dan sebagainya bagi menunjukkan yang dia sedang mengalami kesakitan atau kesedihan pada waktu itu. Bagi menguatkan lagi tanggapan saya, saya telah meminta responden untuk menjawab servei. Dalam servei tersebut, terdapat empat gambar yang mempunyai maksud yang tersendiri. Responden telah memilih satu gambar di mana maksud gambar tersebut menyatakan bahawa beliau seorang yang sensitif, ego, mementingkan diri sendiri dan penyayang. Jadi, jelas terbuktilah responden ini merupakan seorang yang nerotik.
                                                               gambar pilihan responden
Categories: Projek 3: Blog WordPress, SKBP 1023 | 1 Comment

Post navigation

One thought on “5.0 Neurotik

  1. Sudah disemak.Dapatan kajian dan rumusan anda didapati lengkap dan memuaskan. Syabas! Tugasan anda menepati jangkaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: