BAB 4

Analisis Pragmatik

Apakah maksud pragmatik?

  • Yule (1996) menyebut empat definisi pragmatik iaitu bidang yang mengkaji makna, bidang yang mengkaji makna menurut konteksnya, bidang yang melebihi kajian mengenai makna yang diberikan dan bidang yang mengkaji bentuk ekspresi menurut jarak sosial yang membatasi percakapan tertentu.
  • Thomas (1995) menyebut dua kecenderungan dalam pragmatik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama menggunakan sudut pandang sosial, menghubungkan pragmatik dengan makna (speaker meaning) dan kedua dengan menggunakan sudut pandang kognitif dimana ia menghubungkan pragmatik dengan interpretasi ujaran (utterance interpretation).
  • Leech (1983) melihat pragmatik sebagai bidang dalam linguistik yang mempunyai kaitan dengan semantik. Perhubungan ini disebut semantisisme iaitu melihat semantik sebagai sebahagian dari pragmatik.

Bidang sosiologi merupakan antara bidang yang bersangkut paut dengan bidang pragmatik. Berdasarkan pengkajian pengkaji, kajian terhadap lirik lagu kajian hanya boleh dilakukan terhadap bidang sosiologi sahaja berdasarkan kepada beberapa contoh.

Berdasarkan data kajian (lirik lagu) terdapat beberapa perkataan yang di gunakan dengan bersandarkan budaya masyarakat Kedah.

 

 

Contoh 1 :

“Langgah ayaq gamat muka naik seri”

penerangan : dalam sosiologi rakyat negara kita, air gamat merupakan air yang sangat pahit dan tidak di sukai tetapi ayat di atas menunjukkan tidak sah jika kehadiran kita ke Kedah tanpa bawa kembali air gamat. “Langgah” di sini bukan bermaksud untuk minum secara literal, tetapi untuk di bawa kembali air atau produk gamat setelah melawat Kedah terutamanya Langkawi

 

Contoh 2:

“Dalam kuboq dah kena tongkat”

penerangan : istilah tongkat di sini bukan merujuk kepada penganugerahan atau penerimaan tongkat tetapi itu merupakan perlambangan kepada hukuman yang di terima oleh umat Islam yang tidak patuh kepada suruhan Allah di kala hayatnya. Dalam sosiologi keluarga Kedah, tongkat selalunya di gunakan untuk menunjukkan tujuan memukul.

 

contoh 3:

“kena bagi rasip sorang satu”

penerangan: perkataan “rasip” berasal daripada bahasa standard iaitu “resit”. “Rasip” ini di gunakan sebagai tanda peringatan mengenai ketuhanan yang merupakan perlambangan kepada masyarakat di Kedah.

 

contoh 4:

“mai oi bagi ramai jamu nasi kawah”

penerangan : sudah kebiasaan dalam masyarakat di negeri Kedah untuk menjamu tetamu yang datang kekampung seperti menjamu kenduri. Maka dengan perlambangan “jamu nasi kawah” memberi maksud tetamu yang hadir ke negeri Kedah akan di layan dengan sebaiknya dari pelbagai aspek terutamanya makan.

Categories: Analisis Pragmatik, BAB 4, SKBL 2113 | 2 Comments

Analisis Makna

Makna atau semantik merupakan antara bidang penting dalam linguistik. Bidang ini menumpukan kepada pengkajian makna dalam kata dan ayat. Pengkajian mengenai makna adalah meliputi aspek makna linguistik dan makna sosial (Dr Abdullah Hassan, 1978). Dalam lirik kedua-dua buah lagu, terdapat perkataan yang berbeza daripada makna bahasa standard (BS).

Antaranya ialah :

1

Namun begitu, ini merupakan penterjemahan ayat-ayat dalam dialek kepada BS secara makna leksikal atau makna linguistik. Terdapat juga perkataan-perkataan yang terdapat dalam lirik yang memetakan maknanya kepada makna yang lain begitu juga beberapa perkataan yang telah di nyatakan di atas.

1) Contohnya dalam lirik lagu Pi Mai Tang Tu, ” Dalam kuboq dah kena tongkat, baru di pukul oleh malekat”. maksud leksikal “tongkat di sini adalah merujuk kepada hukuman yang di terima oleh umat Islam yang tidak mematuhi hukum Allah ketika hayatnya. Dari sudut sosiologi masyarakat Kedah, “kena tongkat” biasanya di bahasakan sebagai kena rotan oleh ibu atau ayah di sebabkan kesalahan-kesalahan tertentu yang telah dilakukan oleh anak-anaknya.

2) Perkataan “ceq” itu sendiri boleh memberi beberapa maksud bersandarkan kepada fungsi leksikal tersebut dalam ayat. Contohnya, “mai ceq oi mai ceq mai, kita ke negeri Kedah”. Dalam ayat ini, “ceq” di maksudkan dengan “awak”. Manakala dalam contoh yang lain “ceq nak pi kedai sat noh”. “Ceq” dalam contoh ini pula merujuk kepada “saya”.

3) perkataan “rasit” sememangnya secara makna leksikalnya merujuk kepada “resit” tetapi apabila di gunakan dalam lirik lagu Pi Mai Pi Mai Tang Tu, maka makna “rasit” itu telah berubah kepada “peringatan”.

4) perkataan “Nafsi-Nafsi” dalam BS memberi maksud tindakan yang berkaitan dengan nafsu tetapi dalam dialek Kedah, perkataan ini bermaksud sorang-sorang.

Categories: Analisis Makna, BAB 4, SKBL 2113 | 1 Comment

Analisis Ayat

Pengkajian berkaitan analisis ayat adalah berkait rapat dengan perbincangan sintaksis yang lebih menumpukan kepada perbincangan aspek ketatabahasaan dan jenis-jenis ayat yang terdapat dalam data kajian. Tetapi, berdasarkan pengkajian pengkaji terhadap lirik lagu kajian, mungkin di atas sebab data kajian merupakan lirik lagu, maka kebanyakan ayat yang di gunakan adalah berbentuk ayat penyata. Berkemungkinan juga pengaruh irama untuk disepadankan dengan lirik, membuatkan pemilihan ayat penyata lebih utama. Namun begitu, terdapat juga ayat persuasif dan ayat larangan.

 

1) Ayat Penyata

ianya merupakan satu jenis ayat yang memberikan detil atau maklumat secara terus dan mudah di fahami oleh responden.

Contohnya:

(i) Naik kapai terebang turun Kepala Bataih

(ii) Makan tok sah bimbang kami banyak beraih

(iii) Kedah sudahlah maju

(iv) rumah sereba baru kenduri ada selalu

(v) Melawak orang Kedah jangan cepat terasa

 

2) Ayat Persuasif

Contohnya :

(i) Kotlah rasanya penat jom pi ke Langkawi,
Langgah ayaq gamat, minumlah ayaq tongkat ali

(ii) Mengkala mai Kedah singgahlah ke Pekan Rabu
Minum nira nipah makan emping kelabu

 

3) Ayat Larangan

Contohnya :

(i) Jangan lawan guru,
Guru mengajaq ilmu

(ii) Jangan berpecah belah,
sesama Iselam

(iii) Dalam sekolah jangan nakai,
cikgu ajar nak bagi pandai

(iv) Jangan buat pasai,
Nanti kena tibai

Categories: Analisis Ayat, BAB 4, SKBL 2113 | Leave a comment

Analisis Kata

Lirik kedua-dua lagu kajian di kaji bagi mendapatkan data yang memperlihatkan perbincangan mengenai kata di dalam lirik kajian. Bagi menjalankan kajian terhadap kekerapan penggunaan sesuatu kata dalam lirik lagu kajian, perisian ANTCONC di gunakan. Hasilnya, terdapat beberapa perbincangan mengenai pembentukan kata dalam lirik lagu kajian. Antaranya ialah :
1) Pengguguran Fonem

Dalam lagu kajian, penyeloka menggunakan dialek Kedah dalam selokanya. Oleh itu, terdapat pengguguran fonem apabila melibatkan perkataan yang mengandungi rangkap konsonan atau rangkap vokal. antaranya ialah

 

(i)  /sǝmahjaŋ/

Dalam bahasa standard, ini merupakan perkataan /sǝmbahjaŋ/ yang mempunyai maksud yang sama sepert solat. Tetapi, dalam dialek Kedah, konsonan [b] di gugurkan bagi mengelakkan rangkap konsonan. Fenomena ini juga memperlihatkan bertepatan dengan nahu bahasa Melayu yang tidak menggalakkan rangkap konsonan berlaku.

(ii)  /nǝɁ /

perkataan ini merujuk kepada “naik” atau sebutannya /naǝk/ dalam bahasa standard (BS). Tetapi di sebabkan adanya rangkap vokal maka telah berlaku pengguguran konsonan [a].

(iii) /abǝnor/ — /gabǝnor/  (BS)

konsonan [g] di gugurkan.

 

2) Peleburan

Pangkaji juga telah menemui beberapa contoh yang menunjukkan proses peleburan fonem yang berlaku. Peleburan ini berlaku apabila 2 segmen menjadi satu segmen yang lain.

 

(i)  /malǝkat/

perkataan bahasa standardnya (BS) ialah /malaikat/. Sebutan perkataan ini oleh Pak Ku Syadat telah menampakkan proses peleburan berlaku yang melibatkan 2 segmen atau satu segmen di leburkan dan di ganti dengan segmen yang lain.

(ii) /pɔra-pɔra/  –   /pura/ (BS)

Peleburan vokal [u] kepada vokal [ɔ]

(iii) /pɔsa/

peleburan rangkap vokal [ua] kemudian di ganti dengan vokal [ɔ]

(iv) /ugama/ — /agama/ –(BS)

(v) /kampoŋ/ — /kampuŋ/  – (BS)

 

3) Penyisipan vokal

Penyisipan vokal ini berlaku apabila terdapatnya rangkap konsonan dalam ayat.

 

(i) /Isǝlam/ — /Islam/  (BS)

contoh di atas menunjukkan berlakunya penyisipan vokal di antara konsonan [s] dan konsonan [l].

(ii) /sǝɣǝba/ — /sǝrba/  (BS)

(iii) /mǝsǝɣa/ — /mǝsra/  (BS)

 

4) Diftongisasi

Menurut Kridalaksana (1982), beliau menyatakan diftongisasi merupakan satu proses pendiftongan terhadap rangkap vokal. Diftong terdiri daripada [ai], [oi] dan [ao]. Dalam lirik kajian, terdapat juga proses diftongisasi berlaku. antaranya ialah :

 

(i) /bataih/ — /batas/  (BS)

konsonan [s] di gugurkan kemudian di ganti dengan diftong, [ai]

(ii) /kapai/ — /kapal/  (BS)

konsonan [l] di gugurkan dan di ganti dengan diftong, [ai]

(iii) /bǝɣaih/ — /bǝras/  (BS)

 

5) Kata Ganda 

 

(i) /mǝnǝruh-mǝnǝɣah/

(ii) /nafsi-nafsi/

(iii) /bǝrpǝcah-bǝlah/

(iv) /pɔra- pɔra /

 

 

 

 

 

Categories: Analisis Kata, BAB 4, SKBL 2113 | 1 Comment

Analisis Sebutan

4.1       PENGENALAN

4.2       DAPATAN KAJIAN

            4.2.1    ANALISIS SEBUTAN

                        2 buah lagu yang telah dipilih dan telah ditranskripsikan dikaji bagi menunjukkan perbezaan sebutan antara sebutan dialek Melayu Kedah yang diujarkan melalui lagu.

(RUJUK : http://muhammadazrol.wordpress.com/2013/04/26/transkripsi-lagu-kajian/   bagi Transkripsi fonetik dan lirik lagu kajian dalam bahasa standard)

Berdasarkan pengamatan dan kajian pengkaji terdapat beberapa fenomena fonologi berlaku yang menyebabkan perbezaan di antara dialek Melayu Kedah dan bahasa standard. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan fenomena fonologi yang berlaku.

rajah 1
RAJAH 1

Berikut merupakan analisis sebutan daripada dapatan data.

1.   /ɣasip/
Di peringkat dialek, fonem [r] tidak direalisasikan sebagai getaran atau penggulungan seperti pertuturan di dalam bahasa standard. Dialek Melayu Kedah merealisasikan bunyi fonem [r] sebagai fonem [ɣ] (Zahrani Ahmad:2006). Kebanyakan dapatan data yang di ambil daripada lagu kajian didapati tidak di semua lokasi kata fonem  [r] direalisasikan sebagai
[ɣ]. Selain itu, terdapat pembundaran vokal yang berlaku. Fonem [e] telah berlaku pembundaran vokal kepada fonem [a]. Begitu juga penggantian fonem [t] kepada fonem [p].

2.    /pɔsa/
perkataan asalnya dalam bahasa standard ialah /puasa/. Telah berlaku pengguguran fonem dan kemudian berlaku penggantian fonem [ɔ].

3.   /kapai/
fonem [l] yang berada diposisi koda suku kata telah mengalami penggantian dengan fonem [i]

4.   /beraih/
Dalam dialek Kedah, kebiasaannya akan berlaku penggantian fonem [s] kepada fonem [i] dan fonem [h]. Contoh lain yang mengalami konsep yang sama ialah /bataih/ atau dalam bahasa standardnya /batas/.

5.   /tǝɣǝbaŋ/

Data menunjukkan pengguguran atau penggantian fonem berlaku tetapi penyisipan vokal telah berlaku. fonem [ǝ] telah disisipkan bagi memisahkan rangkap konsonan [ɣ] dan [b]. ini menepati nahu Bahasa Melayu yang tidak membenarkan sebarang rangkap konsonan dan ragkap vokal berlaku, maka penyisipan vokal akan berlaku.

06)  /ayaq/
Dalam dialek utara amnya, tidak semua posisi konsonan [r] di hujung akan berlaku penggantian kepada konsonan uvular [q]. Sebagai contoh, /motor/ akan di sebut sebagai /mutu/ di dalam beberapa kawasan di Kedah termasuk yang di ujarkan oleh Pak Ku Syadat dalam lagunya, Vespa Pak Samat. Tetapi perkataan /motor/ juga ada direalisasikan sebagai /mɔtɔ/ dan /mɔtɔq/ di beberapa kawasan di utara.

07)  /kɣǝta/
Data menunjukkan pengguran vokal [e] di hadapan konsonan [k] berlaku.

08)  /malǝkat/
Dalam ujaran Pak Ku Syadat, berlaku beberapa fenomena yang menunjukkan penggantian vokal dan pengguguran diftong berlaku. Data ini menunjukkan perkataan /malaikat/ telah mengalami pengguguran diftong [ai] dan diganti dengan vokal [ǝ]. Begitu juga yang berlaku dalam perkataan /pandai/ kepada /pandǝ/.

Categories: ANALISIS SEBUTAN, BAB 4, SKBL 2113 | Leave a comment

BAB 4

Categories: BAB 4, SKBL 2113 | 2 Comments

Create a free website or blog at WordPress.com. The Adventure Journal Theme.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.